Kursus ICT di Balai Raya Kimanis

Pagi tadi Ag Zaini telepon bagitau ada kursus ICT di balai raya Kg brunei. Tekejut dan eran juga, ingat baru nak merancang tuk buat projek ICT di kampung ni, tiba-tiba ada pula kursus yang tiba-tiba muncul .

Habis saja mandi – pakai baju, aku pun begegaslah ke balai raya. Mau jugak meninguk kursus ICT apa yg dimaksudkan oleh si Ag Zaini. Rupa-rupanya kursus tu dianjurkan oleh wanita UMNO kimanis dgn kerjasama MAXIS dibawa anjuran KTAK.

Dan antara master mind di dlm kursus tu adalah seorang hamba Allah: En. Azrey. Sempatlah jua berkenalan  dengan En. Azrey dan sambil-sambil tu bertanyakan berkenaan peluang2 kursus yg mungkin akan diadakan lagi di masa depan. Katanya kursus yg diadakan kali ni khas untuk kaum wanita, tapi kalau pihak pemuda yg ingin menganjurkan pihak En. Azrey akan membantu dari segi pelaksanaan dan juga pembiayaan. Nampaknya macam satu tawaran yang menarik untuk Komuniti Kimanis Dot Net. Tapi kena bebincang dgn ahli komuniti yg lain “kalau betul-betul nak buat’” benda ni.

* Gambar di sekitar acara kursus


About this entry